DISIPLIN ILMU BAHASA MALAYSIA

TAHUN 3

TAJUK : GAYA HIDUP SIHAT

NAMA : FADILAH BINTI MAT DESA

NO. MATRIK : D20112054800

Tuesday, 6 November 2012

menjaga kebersihan diri


salam semua, 

entri kali ini cikgu akan huraikan tentang menjaga kebersihan diri ; objektif , definisi, ciri-ciri serta komponen-komponen kebersihan diri dan tubuh badan. cikgu berharap kita dapat amalkan cara-cara menjaga kebersihan diri yang betul.





Menjaga  Kebersihan  Diri


Objektif
Memahami maksud kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
Menyenaraikan kepentingan penjagaan kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.
Menjelaskan kesan-kesan pengabaian kebersihan diri, tubuh badan, pakaian dan alatan.

Definisi
Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri
Sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.
Mempunyai disiplin diri yang tinggi dan memastikan diri berada dalam keadaan  yang bersih sepanjang masa.
Amalkan cara hidup yang sihat seperti tidak berkongsi tuala dan berus gigi.

       

Komponen Kebersihan Diri Dan Tubuh Badan


 A .  Kebersihan mulut
      
      Penjagaan gigi

#    Menggunakan ubat gigi semasa memberus gigi.
#    Gunakan kaedah yang betul  semasa memberus gigi.
#    Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.      

B.   Kesihatan gigi

#   Kurangkan pemakanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
#    Kurangkan minum minuman berkarbonat.
#    Banyakkan makanan yang boleh menjaga kesihatan  seperti sayur-sayuran.

C.   Penjagaan kulit
      
      Kudis

#    Mandi sekuran-kurangnya dua kali sehari.
#    Gunakan sabun dan air yang bersih.
#    Basuh pakaian, cadar dan sarung bantal  dengan bersih .

D.  Penjagaan rambut
     
     Kutu  dan  kelemumur

#   Cuci rambut sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
#   Gunakan syampu yang sesuai  semasa mencuci rambut.
#   Keringkan rambut dan sikat dengan rapi untuk mengelakkan kelumumur.


Cuci  tangan  sebelum  dan  selepas  makan


Potong  kuku  yang  panjang  supaya  tidak  dijangkiti  bakteria.

Cuci  rambut  dengan  syampu  supaya  bersih  dan  wangi.

Mandi  sekurang-kurangnya  dua  kali  sehari. 

Kuku  yang  panjang  harus  dipotong  pendek

Murid-murid  sekolah  dilatih  menggosok  gigi  dengan  cara  yang  betul.

Gigi  yang  rosak  perlu  diberi  rawatan


Rambut  hendaklah  sentiasa  dijaga  dan  disikat  rapi.


Saturday, 3 November 2012

Menjaga Kebersihan



Salam buat pembaca blog cikgu Dilah,

kita masih lagi bicara soal gaya hidup sihat. sudahkah kalian amalkan apa yang cikgu Dilah beritahu pada entri-entri yang lepas.... kalau masih belum, cikgu harap sangat kita amalkan, pada sesiapa yang sudah amalkan cikgu ucap TAHNIAH!! 
Entri kali ini cikgu huraikan tentang menjaga kebersihan. 




MENJAGA  KEBERSIHAN

               Kita hendaklah menjaga kebersihan agar badan sentiasa sihat dan cergas. Utamakan kebersihan diri dan tempat tinggal. Menjaga kebersihan merangkumi  kebersihan diri, persekitaran, makanan dan sebagainya. Oleh itu, cikgu sertakan cara menjaga kebersihan seperti yang diberikan di bawah bagi menjamin kesihatan.



KEBERSIHAN  DIRI

1.  Gosok gigi sekurang-kurangnya  pada waktu pagi dan malam, sebelum tidur.
2.  Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari agar badan bersih dan segar.
3.  Cuci rambut ketika mandi supaya rambut sentiasa bersih dan wangi.
4.  Potong kuku yang panjang agar tidak dicemari bakteria.
5.  Pakai pakaian yang  bersih dan kemas
6.  Mencuci tangan sebelum dan selepas makan.




KEBERSIHAN  PERSEKITARAN

1.  Elakkan air bertakung di sekitar rumah agar nyamuk tidak membiak.
2.  Buang sampah ke dalam tong sampah yang bertutup.
3.  Lap tingkap dan lantai agar rumah sentiasa bersih.
4.  Tanamlah pokok di persekitaran rumah agar udara sentiasa segar.





KEBERSIHAN  MAKANAN

1.  Tutup makanan agar tidak dihinggapi lalat.
2.  Cuci makanan seperti buah-buahan sebelum dimakan.









Lengkapkan ayat dengan maklumat yang diberikan.

#  makanan yang diambil tidak tercemar
#  tidak dihinggapi lalat
#  rambut tidak gugur ke dalam makanan
#  bersih dan boleh digunakan
#  sampah dapat dikumpulkan setempat

1. Bakul sampah perlu disediakan supaya______________________________ .
2. Makanan perlu ditutup supaya_____________________________________ .
3. Penyepit hendaklah digunakan supaya______________________________ .
4. Kepala hendaklah ditutup supaya___________________________________ .
5. Sudu dan garpu hendaklah dikeringkan supaya_______________________ .

Friday, 2 November 2012

Aktiviti Riadah


assalamualaikum kepada pembaca setia blog cikgu dilah, 
tajuk entri cikgu dilah untuk hari ini adalah tentang badan sihat minda cerdas. 


BADAN   SIHAT,   MINDA   CERDAS

               Kesihatan  yang  baik  penting  dalam  kehidupan . Kita perlu  mengambil  makanan  yang  seimbang. Kita  perlu  lebihkan  makanan  berprotein. Selain  itu,  kita  juga  patut  kurangkan  makanan  bergaram,  berlemak  dan  juga  minuman  berkarbonat.


               Kita  juga  perlu  bersenam  dan  beriadah  untuk  menjamin  kesihatan  badan. Antara  aktiviti  bersenam  adalah  seperti  berjoging,  bermain  bola,  berbasikal,  berkhemah  dan  lain-lain. Berjoging  merupakan  aktiviti  yang  digemari  rakyat  Malaysia.  Badan  yang  sihat  menjadikan  minda  cerdas.

               
               Antara aktiviti-aktiviti yang boleh kita lakukan bagi mendapatkan badan yang sihat ialah:



BERMAIN BOLA


BERBASIKAL ATAU BERSIAR-SIAR


BERENANG


BERSENAM

Thursday, 1 November 2012

Makanan Seimbang


Berikut adalah diet sihat yang boleh kita amalkan bagi menjalani gaya hidup sihat. Amalan pemakanan seimbang amat penting dalam kehidupan kita.


                       

PIRAMID MAKANAN YANG PERLU BAGI TIAP INDIVIDU



BUAH-BUAHAN 


 SAYUR-SAYURAN


PENGAMBILAN SUSU 2 KALI SEHARI 


TEMPE 







PENGAMBILAN LEMAK DAN MAKANAN BERMINYAK YANG BERLEBIHAN AKAN MENGAKIBATKAN KEGEMUKAN




Makanan Berkhasiat

Tajuk entri cikgu dilah hari ini ialah berkenaan dengan makanan berkhasiat. Berikut adalah info tentang makanan berkhasiat.


Makanan  Berkhasiat

          Tubuh kita perlukan makanan yang berkhasiat. Makanan yang berkhasiat mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas.

          Jika kita makan makanan yang berkhasiat, badan kita akan menjadi sihat. Kita juga tidak dijangkiti penyakit. Makanan yang berkhasiat dapat memberi kita tenaga. Tenaga ini digunakan untuk membuat kerja dan untuk bergerak.

          Antara makanan yang berkhasiat ialah susu, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging.



1.  Apakah makanan yang diperlukan oleh tubuh kita?

     Tubuh kita perlukan  ________________________________________________.

2  .Apakah kandungan makanan yang berkhasiat?

     Makanan yang_____________________________________________________.

3.  Mengapakah kita perlu makan makanan yang berkhasiat?

     Kita perlu makan makanan yang berkhasiat_____________________________.

4.  Apakah kegunaan tenaga kepada manusia?
    __________________________________________________________________.

5.  Berikan contoh makanan yang berkhasiat ?
    __________________________________________________________________________.

Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat


Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan  dan pencegahan jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.

Pemakanan Yang Seimbang

Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetis, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang.

          1. Kumpulan  bijirin,  hasil  bijirin  dan  ubi
              2. Kumpulan  sayur-sayuran  dan  buah-buahan
3. Kumpulan  susu  dan  hasil  tenusu 
                            4. Kumpulan  daging,  ayam,  telur,  ikan  dan  kekacang
  5. Kumpulan  minyak,  lemak  dan  gula

Setiap  kumpulan  makanan  menyediakan  hanya  sebahagian  daripada  nutirien  yang  diperlukan  oleh  tubuh kita. Kita  perlu  mengambil  makanan  daripada  setiap  kumpulan  makanan  dengan  kadar  yang  sesuai  berasaskan  kepada  PIRAMID  MAKANAN.   

 


Sesorang  yang  mempunyai  berat  badan  10%  melebihi  dari  berat  piawai  dianggap  gemuk. Orang  yang  gemuk  adalah  lebih  cenderung  mendapat  komplikasi  kesihatan  berbanding  populasi normal. Jika  berat  badan  anda  melebihi  10% berat piawai,  risiko  untuk  menemui  maut  lebih  awal  meningkat  sebanyak  9%  bagi  wanita  dan  13%  untuk  lelaki.

Punca-Punca  Kegemukkan

Makan  berlebihan. Memakan  jenis  makanan  yang  kurang  sesuai,  makanan  yang  tinggi  dalam  karbohidrat. Kekurangan  aktiviti  dan  senaman. Faktor-faktor  genetik.